Monday, 26 January 2015

Temuduga SPA C41 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN

Selasa,1.49 a.m
Assalamualaikum,

ALHAMDULILAH Baru baru ini saya telah mendapat panggilan untuk temuduga SPA. Ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup saya dipanggil untuk ditemuduga  bagi jawatan PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN (PTM) C41 di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
(One of my target in my carrier.):

Tempat: SPA KL JALAN CENDERASARI
(BELAKANG DAYA BUMI/DEKAT DGN MASJID NEGARA)
Tarikh: 23 HB Jan 2015
Panel SPA: Dato Najri Abd Hamid
PanelL KKM: Mr. Unknown(sebenarnya nama lupa..lalala)

Pengambilan kali ini agak banyak:
Calon serap: 53org
Calon simpanan:63org
Calon yg ditemuduga:2225 org
Calon yang memohon:15,600 org
*nota kaki:  hafal keyh fakta ni,ada kebarangkalian dia boleh tanya...huhu

Alhamdulilah, ramai di kalangan kawan-kawan sepejuangan sewaktu di universiti dulu mendapat panggilan temuduga ini. 

TAHNIAH2..ANDA TELAH MELEPASI HALANGAN PERTAMA!

  • untuk dapat ke temuduga spa...kena ada banyak saringan tp bergantung pada jawatan... tapi untuk jawatan PTM ni...kiranya kita ni dah disaring oleh sistem spa untuk pergi temuduga ...kalau jawatan lain...mereka akan disaring oleh sistem tapi untuk pergi ujian bertulis atau fizikal ...tgk jawatan...lepas tu semua yg lepas baru akan ditemuduga...lepas tu baru tahu lulus atau gagal...tu sahaja....

Disebabkan saya antara calon minggu pertama yang di temuduga, jadi  ramai sangat yg pm, wechat, whatsup:

'Tikah mcm mna interbiew ok?'
"Tikah da habis interview ke,share la sikit"
"Nk tahu experience mommy pergi interview hari tu, excited nak tahu"
“Atie sha macam iv aritu?ok dop?”
“Beb , da gi tbiu kan, ok ka? Dia Tanya apa la..huhuhu”

Nota kaki:  Mohon Maaf pada siapa2 yang terasa….saja nak memeriahkan suasana..lalalala.....

Jadi saya rasa baguslah juga saya buat entry  untuk berkongsi sedikit pengalaman dan rujukan buat bakal2 calon PTM. 
PUSAT TEMUDUGA SPA KL

Sejak mendapat surat daripada SPA 7 HB lalu, saya memang dah tidak lena tidur, makan tak lalu...(tp badan tetap naik..huhu) sehingga la ke hari temuduga berlangsung. Pelbagai perisiapan telah di buat.
Disebabkan ini adalah kali pertama pergi  temuduga kerajaan jadi saya telah menelaah dan membuat pelbagai rujukan daripada sumber GOGGLE, FACEBOOK GROUP, MENGHADIRI KURSUS TIPs TEMUDUGA SPA (sanggup terjah MELAKA untuk dapatkan tips) , Perbincangan di Whats Up, surat khabar dan sebagainya.

* Nota Kaki: Untuk Kursus dan tips temuduga perkhidmatan awam, anda boleh layari laman web rasmi SPA PORTAL untuk menempah tempat. Dapat sijil dan yang penting PERCUMA!!


Sebelum Ditemuduga :

1. PENAMPILAN DIRI.

Penampilan diri kita adalah FIRST IMPRESSION yang kite kena jaga dan jangan pandang remeh.

TEMUDUGA KERAJAAN :
simple but nice, being humble, kasut kalau boleh hitam dan bertutup.
tudung bawal sudah, elakkn shawl (shawl x formal).

Penampilan saya:
 Baju kurung biru, tudung bawal biasa , kasut hitam bertumit (rembat kasut palapes..JIMAT WOW)
Kalau ada name tag dan blazer , pakai la nampak professional sikit. Minta pun jawatan PEGAWAI kan.

Nota kaki: name tag  lupa pakai walaupun da bawak, nervous punya pasal.

2. RANCANG PERJALANAN ANDA.

Disebabkan temuduga dekat KL,  jadi kena keluar awal 3 jam.  Jadi boleh la rehat-rehat  dulu, sarapan, tenangkan jiwa, baca surat khabar tambah perkembangan semasa sikit.
kalau boleh, survey dan usha-usha dulu tempat yang bakal di temuduga. Okay!

Akhirnya masa yang dinantikan:

Saya menapak di SPA KL Tepat jam 9.45 pagi. Disambut oleh guard yang peramah dan langsung naik ke tingkat 2 untuk pendaftaran dan pengambilan Angka giliran.

TIPS dekat sini, masa ambil nombor giliran tanya siapa PANEL kita  untuk KEPASTIAN SEBENAR, jadi kita lebih sedia untuk pangkat yang dia ada. contoh DATO ke Datin ke Puan ke Tuan ke..OKAY. Jangan malu segan dan SENYUM~~~

Bilik temuduga ada dalam 6 bilik, 3 temuduga untuk JAWATAN PTM, 3 bilik lagi untuk akauntan tak salah. Jadi tak ada la calon tunggu lama sangat. Lagi pun masa temuduga tu hari JUMAAT, jadi lagi kena cepat.

Serius cakap, memang takot dan GEMENTAR giler, tup2 panel tekan nombor 407! Pergh mmg nerbes…tetiba belum sempat  bangun, panel DATO menjengah keluar, “ LAGI BERAPA calon bilik ni? AWK berdua je, Ok la saya nak rehat dulu, awk da makan belum?” huh…Buat saya terkejut beruk je!!
Whatever it is, saya ok je tetiba hilang nebes kejap..HUhu…(SEKSA JIWA RAGA HANYA TUHAN JE  YANG TAHU)

Tiba la masa yang di nanti2:

PROTOKOL  untuk Masuk bilik temuduga: Korang rajin2 la bace tips dia eh. Penting tu.

1.       Ketuk pintu (afdal 3 kali)
2.       MASUK, BG salam. (Jangan korang jengah / intai2 pulak masa bagi slaam tu)
3.       Bagi doc, bila dia suruh duduk baru duduk
4.       Duduk tegak pandang mata panel
5.       Senyum sokmo!! Chilll~

Nota kaki: Terseksa Jiwa raga nak buat semua ni,..hUhu..TEARS~~

Temuduga bermula……
1.       Cerita kan tentang diri anda (SEMUA bm)
Saya pun memang da hafal, lancar je la cakap, sehingga la sampai da tak tahu nak cerita  apa lagi..huhu

Cerita punya cerita, tup2 PANEL KKM tnya..

“APA No tentera?” (sebab aku PALAPES)
“NV/870…., tuan!”…dengan yakin dan lancarnya. Sebenarnya aku tak tahu mcm man still ingat lagi, jiwa palapes tu masih membara lagi kot..huhu.. ( unpredictable punya soalan)

Panel SPA : DATO Najri mula bertanya pelbagai soalan dan kadang2 Dato ni suka mencelah, jadi pandai2 la korang jawab kalau dapat panel Dato Najri.Antara soalan dia:

1.       Berapa elaun palapes tiap bulan.

"dalam rm 1500 Tuan, termasuk elaun pakaian dan lain2.Bergantung pada aktiviti jugak, kalau banyak aktiviti lagi banyak elaun"(aku hentam je,tak berapa ingat sebab masuk buku)

PANEL:  duit2 ni kau buat apa?Belanja sakan la ye...(kurang lebih)

"Guna untuk tambah  perbelanjaan untuk belajar tuan, walaupun ada PTPTN tapi arwah ayah dah tak ada , kena berdikari sendiri" ...ok masa ni aku sebak sikit.....(TEARS)

2.       Knp masuk palapes? Ini mesti kes baju dia  putih , yang lain hijau kau tak minat kan?...Hoho

" Ya, betul jugak tu, tapi bila baju PUTIH ni  SMART dan Kita rasa lebih berkeyakinan "

3.       Syarat2 gst?

" Semua syarikat pengeluar akan mengenakan 6% cukai."

Panel: " Tu cukai yang dikenakan, saya nak tahu apa syarat syarikat yang layak amik GST ni"

...............................Terdiam...sebab memang blur.................

"Hehe, saya tak pasti tuan, tapi yang pasti semua syarikat akan kenakan 6%"

Panel: "Awak ni, benda macam ni awak patut tahu.....bla..bla...bla...(tak ingat da.)


4.       Bajet 2015 kenapa di kaji semula.

Masa ni saya pandang muka panel , Jawapan semua ada depan muka dia tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, sehari sebelum tu da beli surat khabar da untuk baca hal ni, tup2 blur pulak...hahahaha

" Dikaji semula sebab Kejatuhan Harga minyak"

5.       Knp dengan kesan kejatuhan harga minyak memberi kesan pada kita.

" Bila harga minyak jatuh, kita juga turut terkesan"

Panel:" kesan yang macam mana, harga minyak turun tapi harga barang tak turun-turun pun. Knp?"

..............................AKU MENCARI JAWAPAN YANG BERNAS.................................

" Minyak turun sebab ada lebihan minyak di pasaran, jadi kita terkesan sikit tak banyak sebab kita hanya export minyak ikut permintaan sahaja"

Kita export minyak?Minyak apa?

"Yela, kita export minyak. Minyak  sawit la, Petroleum dan gas pun ada" (Serious, sebenarnya aku tak tahu mana sumber otak aku dapat jawapan ni...)

"Jadi Kita masih terkesan sebab kejatuhan harga minyak, tapi kerajaan amik langkah untuk  tidak menfokuskan pada  satu bidang sahaja, kita juga buat export  barangan Elektik dan elektronik untuk Amerika, bidang pelancongan, export kayu kayan , tekstil dan lain-lain"..(Yang ni memang aku ada terbaca dan aku tahu)

Panel KKM  anguk2 ja dengar jawapan saya ni...(Ntah betul..ntah tak)......

Panel Dato:" Kau ni aku tanya sikit, bru lari sikit dari bidang kau dah tak tahu, kalau sebut pasal Akta makanan memag laju jela ye kau jawab"...Hahaha( NO komen...cuba COol dan SMILE~~)

6.       Ceritakan pekerjaan adik beradik (sbb adik beradik  ramai, jadi dia berminat untuk tahu)

Yang ni satu-satu la aku cerita dari no 1 smpai la 8.

Komen Saya:  DATO ni cool je... suka bagi nasihat…jadi dengar saja..semua yang dia cakap tu memang betul, sebab dia orang lama dalam KERAJAAN jadi dia tahu selok belok KERAJAAN ni. (SEBENARNYE dekat 25 min ke 30 minit dengan DATO ni je)


Barulah Panel KKM bertanya:
1.       AKTA MAKANAN 1983
2.       BAKTERIA DALAM MAKANAN : STANDARD BERAPA UNTUK ICE CREAM
3.       SIJIL ANALYSIS UNTUK EXPORT  NAK RUJUK MANA
* Jawapan semua ada di tangan anda~~

Soalan terakhir: Ada apa-apa nak tanya?

" semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan kelayakan saya untuk jawatan ini dan saya cuma ada satu sahaja soalan. Adakah calon simpanan apabila diserap akan diberikan jawatan tetap atau kontrak?"

Panel KKM jawab: " semua tetap"

"ooo..ok , Terima Kasih"

Akhirnya....Tamat la sudah PENDERITAAN selama 2 minggu~

·         SEBENARNYA ADA lagi soalan yang dia tanya tapi kebanyakanya lebih kepada pengalaman saya waktu latihan industri dan program pertukaran pelajar.

DAN YANG SEBENARNYA ADA JAWAPAN YANG SAYA rasa SAYA SALAH JAWAB, TAPI KONFIDENT JE..YANG PENTING JANGAN “ERM”, “kot”..cuba elakkan.nanti Nampak kita tak yakin!

Panel2 yang tanya ni subjektif...tak semestinya soalan dia akan sama....bergantung pada apa yang dia nak tanya...ikut cita rasa dia...tapi kebanyakkannya akan tanya mengenai diri anda dan pekerjaan anda.


TIPS: PENAL SPA AKAN BAGI BANYAK MARKAH BERDANDING PANEL DARI JABATAN

RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL.


TIPS DIA SENANG JE, JAWAB DENGAN KONFIDENT DAN YAKIN. INSYAALLAH SEMUANYA AKAN BERJALAN LANCAR.


GOOD LUCK FOODIES!!!