PanelL KKM: Mr. Unknown(sebenarnya nama lupa..lalala)
Nota kaki: name tag lupa pakai walaupun da bawak,
nervous punya pasal.
2. RANCANG PERJALANAN ANDA.
Disebabkan temuduga dekat KL,
jadi kena keluar awal 3 jam. Jadi boleh
la rehat-rehat dulu, sarapan, tenangkan jiwa, baca surat khabar tambah perkembangan
semasa sikit.
kalau boleh, survey dan usha-usha dulu tempat yang bakal di temuduga. Okay!
Akhirnya masa yang dinantikan:
Saya menapak di SPA KL Tepat jam 9.45 pagi. Disambut oleh guard yang peramah dan langsung naik ke tingkat 2 untuk pendaftaran dan pengambilan Angka giliran.
TIPS dekat sini, masa ambil nombor giliran tanya siapa PANEL kita untuk KEPASTIAN SEBENAR, jadi kita lebih sedia untuk pangkat yang dia ada. contoh DATO ke Datin ke Puan ke Tuan ke..OKAY. Jangan malu segan dan SENYUM~~~
Bilik temuduga ada dalam 6 bilik, 3 temuduga untuk JAWATAN
PTM, 3 bilik lagi untuk akauntan tak salah. Jadi tak ada la calon tunggu lama
sangat. Lagi pun masa temuduga tu hari JUMAAT, jadi lagi kena cepat.
Serius cakap, memang takot dan GEMENTAR giler, tup2 panel
tekan nombor 407! Pergh mmg nerbes…tetiba belum sempat bangun, panel DATO
menjengah keluar, “ LAGI BERAPA calon bilik ni? AWK berdua je, Ok la saya nak
rehat dulu, awk da makan belum?” huh…Buat saya terkejut beruk je!!
Whatever it is, saya ok je tetiba hilang nebes kejap..HUhu…(SEKSA
JIWA RAGA HANYA TUHAN JE YANG
TAHU)
Tiba la masa yang di nanti2:
PROTOKOL untuk Masuk
bilik temuduga: Korang rajin2 la bace tips dia eh. Penting tu.
1.
Ketuk pintu (afdal 3 kali)
2.
MASUK, BG salam. (Jangan korang jengah / intai2
pulak masa bagi slaam tu)
3.
Bagi doc, bila dia suruh duduk baru duduk
4.
Duduk tegak pandang mata panel
5.
Senyum sokmo!! Chilll~
Nota kaki: Terseksa Jiwa raga nak
buat semua ni,..hUhu..TEARS~~
1. Cerita kan tentang diri anda (SEMUA bm)
Saya pun memang da hafal, lancar je la cakap, sehingga la
sampai da tak tahu nak cerita apa lagi..huhu
Cerita punya cerita, tup2 PANEL KKM tnya..
“APA No tentera?” (sebab aku PALAPES)
“NV/870…., tuan!”…dengan yakin dan lancarnya. Sebenarnya aku
tak tahu mcm man still ingat lagi, jiwa palapes tu masih membara lagi
kot..huhu.. ( unpredictable punya soalan)
Panel SPA : DATO Najri mula bertanya pelbagai soalan dan
kadang2 Dato ni suka mencelah, jadi pandai2 la korang jawab kalau dapat panel
Dato Najri.Antara soalan dia:
1.
Berapa elaun palapes tiap bulan.
"dalam rm 1500 Tuan, termasuk elaun pakaian dan lain2.Bergantung pada aktiviti jugak, kalau banyak aktiviti lagi banyak elaun"(aku hentam je,tak berapa ingat sebab masuk buku)
PANEL: duit2 ni kau buat apa?Belanja sakan la ye...(kurang lebih)
"Guna untuk tambah perbelanjaan untuk belajar tuan, walaupun ada PTPTN tapi arwah ayah dah tak ada , kena berdikari sendiri" ...ok masa ni aku sebak sikit.....(TEARS)
2.
Knp masuk palapes? Ini mesti kes baju dia putih , yang lain hijau kau tak minat kan?...Hoho
" Ya, betul jugak tu, tapi bila baju PUTIH ni SMART dan Kita rasa lebih berkeyakinan "
3.
Syarat2 gst?
" Semua syarikat pengeluar akan mengenakan 6% cukai."
Panel: " Tu cukai yang dikenakan, saya nak tahu apa syarat syarikat yang layak amik GST ni"
...............................Terdiam...sebab memang blur.................
"Hehe, saya tak pasti tuan, tapi yang pasti semua syarikat akan kenakan 6%"
Panel: "Awak ni, benda macam ni awak patut tahu.....bla..bla...bla...(tak ingat da.)
4.
Bajet 2015 kenapa di kaji semula.
Masa ni saya pandang muka panel , Jawapan semua ada depan muka dia tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, sehari sebelum tu da beli surat khabar da untuk baca hal ni, tup2 blur pulak...hahahaha
" Dikaji semula sebab Kejatuhan Harga minyak"
5.
Knp dengan kesan kejatuhan harga minyak memberi kesan
pada kita.
" Bila harga minyak jatuh, kita juga turut terkesan"
Panel:" kesan yang macam mana, harga minyak turun tapi harga barang tak turun-turun pun. Knp?"
..............................AKU MENCARI JAWAPAN YANG BERNAS.................................
" Minyak turun sebab ada lebihan minyak di pasaran, jadi kita terkesan sikit tak banyak sebab kita hanya export minyak ikut permintaan sahaja"
Kita export minyak?Minyak apa?
"Yela, kita export minyak. Minyak sawit la, Petroleum dan gas pun ada" (Serious, sebenarnya aku tak tahu mana sumber otak aku dapat jawapan ni...)
"Jadi Kita masih terkesan sebab kejatuhan harga minyak, tapi kerajaan amik langkah untuk tidak menfokuskan pada satu bidang sahaja, kita juga buat export barangan Elektik dan elektronik untuk Amerika, bidang pelancongan, export kayu kayan , tekstil dan lain-lain"..(Yang ni memang aku ada terbaca dan aku tahu)
Panel KKM anguk2 ja dengar jawapan saya ni...(Ntah betul..ntah tak)......
Panel Dato:" Kau ni aku tanya sikit, bru lari sikit dari bidang kau dah tak tahu, kalau sebut pasal Akta makanan memag laju jela ye kau jawab"...Hahaha( NO komen...cuba COol dan SMILE~~)
6.
Ceritakan pekerjaan adik beradik (sbb adik
beradik ramai, jadi dia berminat untuk
tahu)
Yang ni satu-satu la aku cerita dari no 1 smpai la 8.
Komen Saya: DATO ni cool je... suka bagi nasihat…jadi dengar
saja..semua yang dia cakap tu memang betul, sebab dia orang lama dalam KERAJAAN
jadi dia tahu selok belok KERAJAAN ni. (SEBENARNYE dekat 25 min ke 30 minit
dengan DATO ni je)
Barulah Panel KKM bertanya:
2.
BAKTERIA
DALAM MAKANAN : STANDARD BERAPA UNTUK ICE CREAM
3.
SIJIL ANALYSIS UNTUK EXPORT NAK RUJUK MANA
* Jawapan semua ada di tangan anda~~
Soalan terakhir: Ada apa-apa nak tanya?
" semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan kelayakan saya untuk jawatan ini dan saya cuma ada satu sahaja soalan. Adakah calon simpanan apabila diserap akan diberikan jawatan tetap atau kontrak?"
Panel KKM jawab: " semua tetap"
"ooo..ok , Terima Kasih"
Akhirnya....Tamat la sudah PENDERITAAN selama 2 minggu~
·
SEBENARNYA ADA lagi soalan yang dia tanya tapi kebanyakanya lebih kepada pengalaman saya waktu latihan industri dan program pertukaran pelajar.
DAN YANG SEBENARNYA ADA JAWAPAN YANG SAYA rasa SAYA SALAH
JAWAB, TAPI KONFIDENT JE..YANG PENTING JANGAN “ERM”, “kot”..cuba elakkan.nanti Nampak
kita tak yakin!
Panel2 yang tanya ni subjektif...tak semestinya soalan dia akan sama....bergantung pada apa yang dia nak tanya...ikut cita rasa dia...tapi kebanyakkannya akan tanya mengenai diri anda dan pekerjaan anda.
TIPS: PENAL SPA AKAN BAGI BANYAK MARKAH BERDANDING PANEL
DARI JABATAN
RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL.